Halaman

My Photo


Saturday, September 10, 2016

It's you.

Aku lupa yang kau juga punya kehidupan.. dan aku tak bersama kau sepanjang itu.

Friday, April 29, 2016

Kisah dulu. (Aku dan si gadis kecil molek Farah Hanum)

Kisah perkenalan aku dengan Farah Hanum tak berapa aku ingat tapi terdapat beberapa babak yang masih tersemat dijiwa aku sehingga kini. Fiuhhh.

Aku kenal Farah Hanum masa aku darjah 2. Aku kenal dia sbb kiteorg kelas sama. Dia kecik, kurus je dan berambut panjang. Rambut dia, dia ikat sanggul tinggi. Aku rapat dengan dia sampai darjah 3. Biasalah masa tu budak2 lagi so ada seorang mamat nama dia Izmir. Dia ni ada rupa gak dan Izmir ni selalu baik dengan aku. Masa darjah 2 tu, kiteorg duduk dekat2 je, rasanya Izmir depan aku dan Farah Hanum tepi dia. Ala biasalah kecik2 ada suka2 tapi aku ni tak berapa minat Izmir sangat walaupun aku jelous bila terbaca diari Farah Hanum yang menyatakan dia suka Izmir, kalau tak silap aku lah.

Naik darjah 3, aku tak duduk dekat dengan dieorg sebab aku dicampak ke seat lain. Tapi masa ni aku duduk sebelah sorang laki ni nama dia Faris Azim tak silap aku. Masa ni aku ganas-ganas dan si Faris ni pandai, badan dia tegap dan dia agak lembut sikit. Sikit je. Aku selalu mintak Faris ni air dia pastu mintak jawapan kelas bahasa inggeris walaupun dia tak bagi dan akhirnya aku kena marah. Aku ingat lagi dia ajar aku baca bahasa inggeris masa nak kena test dengan cikgu. Ahhhh.. banyak lagi cite aku dengan dia tapi aku tak ingat.

Nak dijadikan cerita, babak yang amat tersemat dalam hati adalah bila aku, budak bodoh ni, pergi kata kat Farah Hanum yang dia tu gedik dan aku tak nak kawan dah dengan dia masa akhir tahun darjah 3. Naik darjah 4, aku mintak maaf dengan dia rasanya tapi aku masih rasa bersalah.

Dan sekarang, bila kelas aku bersebelah dengan kelas dia dan kami semakin mendekati masing-masing, pada mulanya aku teringat babak tu dan cuba sedaya upaya jauhkan diri dari dia sbb aku rasa bersalah. Tapi makin lama aku makin terbuka dekat dia. Siap bertukar cerita pasal anime dan aku sendiri tak sangka dia pon minat anime. Oh, dia dah pakai tudung. Biasalah naik sekolah menengah ramai pakai tudung. Aku betul-betul pakai tudung pon masa tingkatan 1 walaupun sebelum tu aku ni dikategorikan sebagai 'tomboi tak diiktiraf'. hoho

begitulah cerita aku dengan Farah Hanum. Cite ni patutnya dah habis tulis tahun lepas (2015) tapi dek kerana terlampau malas, tahun ni (2016) lah aku siapkan dan post. Dah lah banyak draft dalam ni aigoo. Walaubagaimanapun, aku harap segala kesilapan aku kepada org tak kira aku kecik sampai aku besar, dimaafkan. Maafkan aku kalau aku ada buat salah kepada kamu yang tengah membaca walaupun kata-kata maaf itu tak cukup untuk mengubat hati kamu yang terluka.