Halaman

My Photo


Monday, December 03, 2012

Mimpi...

Helo kawan2..
Mesti korang dah bosankan..
Asyik baca post aku je..
"Perasan ahh ko Ain. Ingat org lain x de keje ke nak baca post ko"
Yela2..
Aku sedar siapa diri aku ni (merajuk)
"Tau pon"
:P
Ok2..stop merepek...
Hari ni nak cite pasal mimpi aku...
ehehhee..

Dalam mimpi..
Malam tadi aku mimpi apa tah. Tapi mimpi tu best jugak lah (padahal tak ingat pon). Mimpi aku tu pelik sikit. Aku pakai baju sekolah jepun. Tapi yang lelaki punya. Tapi aku pakai tudung masa tu. Gila gempak. Oklah, aku tafsirkan masa tu aku tengah rehat.

Masa tu aku pergi kantin kot. Dengan orang yang aku tak kenal. Die pon pakai baju macam aku. Entah sekolah mana lah yang aku mimpi tu. Ada tak sekolah macam tu kat Malaysia. 

Lebih kurang mcm ni ahh. 
Tapi dalam mimpi tu lain sikit. Ehehheeh..

Nia: Kalau ada pon bukan boleh masuk pon Ain oiii.
Aku: Yela-yela. Aku paham maksud kau.
Nia: Merajuk ahh tu.(angkat kening)
Aku: Mana de.(jelir lidah) 

So nak dijadikan cerita, aku ngan kawan yang aku tak kenal tu pergi kantin. Kiteorang beli ayam. Ayam tu masak depan-depan aku. Uhu. Bau nya memang perghh. Sedap gila.


Nia: Fuyyo, kau boleh bau dalam mimpi. Cayalah.
Aku: Diam ahh kau. Potong line betullah.
Nia: Biar ah. Ada aku kesah.

Ok, sambung balik. Aku datang situ memang nak beli pon. Tengah tunggu tu adalah Encik-Encik Mimpi yang nak beli jugak ayam kat situ. Muka tak payah cakaplah. Memang aku tak nampak.

Nia: Aku ingatkan kau nak cakap yang muka dieorang hensem. Heee.

Hish Nia ni. Menyebuk betul. Dah habis beli tu. Aku pon pergi ahh duduk kat kerusi (sebenarnya tak de pon babak ni dalam mimpi. Saje tambah). Tengah nak masukkan ayam tu dalam mulut, tiba-tiba.....

"Ainnnnn....bangunnn"
Aku: Ehh ehh. Macam ku kenal suara itu. Tapi dimana ya?
"Ainnnnn....bangunnn"
Aku: Kau nak aku bangun macam mana lagi?
"Ainnnn...bangunnn, pergi sidai kain"
Aku: Sidai kain lah pulak.
"Ainnnnnnnnnnnnn...."(lagi kuat)
Aku: (terus terduduk atas katil)
Aku: Huuuuu. Aku mimpi ada orang panggil aku.
Ika: Woi bangun. Pergi sidai baju.
Aku: Ohh, suara dia ke tadi.(cakap dalam hati)

Tu ahh ceritanya. Baru pagi tadi kejadian ini berlaku. Uhuhuhuk. 

Nia: (tahan gelak sambil tutup mulut)
Aku: Kau apahal Nia? Nak gelak, gelak jelah.
Nia: (senyum) betul ni?
Aku: (angguk kepala)
Nia: Bhahahhahahahahahah. (sampai tergolek-golek)
Aku: -_____-

Sori ahh kalau tak best. Pastu tiba-tiba ada Nia lak.

Nia: Aku pon kene. Tak patut tak patut. (sambil geleng kepala)

Yela. Dah aku tiba-tiba tercipta kau dalam blog ni tau tak. 

Nia: Yela-yela. Cepat ahh habiskan post ni. Nanti kau membebel kat aku sebab ganggu masa ko KONON.

Ok-ok, aku habiskan ye. So, tulah ceritanya. Aku tak sangka aku akan cakap macam tu dalam mimpi aku. Hihihihii. Ok ah. Sampai sini aja post ni. ^___^ Ja'ne

Saturday, December 01, 2012

Cerita Masa Lalu...

Hai..
aku sebenarnya bosan sangat duduk kat rumah ni..
sebab tu ah banyak sikit aku post sejak kebelekangan ni..
hari ni aku nak cite kan satu bende..
^___^

Bawah blok rumah aku.
Hari sabtu hari tu ada majlis sikit. Majlis apa aku tak ingat. Tapi best jugak lah (tak best sebenarnya). Tengahari sabtu tu aku turun ahh. Masa tu mak aku semua tengah makan (dah habis makan sebenarnya). Pastu ok lah, mak aku suruh makan (turun pon memang niat nak makan je).

Dah habis makan, aku dah tak tau nak buat apa. Masa tu senior-senior aku semua ada. Aku join ahh dieorang usya-usya majalah fashion. Banyak baju cantik (tapi harganya lagi cantik). Aku sebenarnya malas nak naik rumah balik. Tinggi tu.

Tengah syok-syok usya majalah, tiba-tiba saudara aku datang ngan pakcik aku. Dieorang datang nak melawat nenek aku. Masa tu nenek aku tinggal kat umah aku.

Nak dijadikan cerita, petang tu memang aku bosan sangat. Pastu senior aku ajak aku main. Aku pon join je ah. Mula-mula kiteorang fikir nak main apa. Tak kan nak main kejar-kejar kot. Tiba-tiba ada bola melantun kat depan kiteorang. 


Aku: (pandang Shafikah aku)
Shafikah: (pandang aku)
Kiteorang senyum..
Shafikah: Ada rezeki jatuh dari langit..(sambil amik bola tu)

Lepas tu kitaorang main ah bola tu. Mula-mula main bola sepak. Pastu Shafikah ajak main bola berancun. Rasanya tu lah nama permainan tu. Ala, mainan yang ada kumpulan kene duduk dalam bulatan. Pastu yang kumpulan kat luar tu kene baling bola. Kalo kene mati. Ha, macam tu ah.

Mula-mula main tak gempak sangat. Orangnya sikit je. Alih-alih saudara aku turun. Dia sebenarnya tolong angkat barang kat majlis tu. Rajin betul dia. Aku pon malas nak tolong masak. Eheheheh. Dia nak pergi kedai (budak rajin lah katakan). Saudara aku tu gila-gila sikit. Dia ni kelakar lah jugak. Lepas pegi kedai tu dia masuk main.

Dia jadi pasukan lawan aku. Bila aku masuk je, mesti dia baling kat aku. Geram je. Mentang-mentang dia kenal aku je kat situ. Aku memang best ahh main. Dah lama tak main macam tu. Eheheheh.


So tu je lah nak cite. Masa tu pertengahan tahun dan masa tu jugak aku belum pakai tudung. Memang turun bawah tak pakai tudung ahh. Tapi sekarang dah pakai. Nak try jadi budak baik. Tapi tak baik lagi ni. Ehehhee.

Ok tu je untuk kali ni. Ja'ne..

Thursday, November 29, 2012

Saje..^__^

Hai hoi digedii...
Hai anda semua..semua..semua..(dengung)
Jumpa lagi kita ya..
ehehhe..
hari ni nak tulis short story..
story ni short sangat2..
ehehe.
tapi tak tau lah kalo tiba-tiba jadi panjang pulak...

Di sekolah pada tahun 2011
Sekolah aku mengadakan progrem selepas tamat UPSR. Alaa, biasalah. Banyak progrem kan. Progrem tu aku tak ingat namanya. Tapi yang aku ingat kitaorang kene bawak makanan dari rumah dan decoverate kat sekolah. Aku, Syahirah, Yasmin & Misha satu kumpulan (kalo ada yang tertinggal, sorry ye. Dah lupa. eheheh)

Masa tu kitaorang tengah deco makanan tu. Aku tak tau apa nama makanan tu sebab aku pon tak pernah makan. Masa tu first time aku makan. Aku just ikut arahan dieorang je. Masa tu dieorang sibuk potong cheese. Aku pulak...hmmm..entah. Tak ingat lak. Eheheh.



Misha: Nah.(bagi cheese kat aku)
Aku: (tanpa fikir panjang terus bukak mulut tanpa melihat Misha) 
Aku: (telan cheese) Ko bagi aku cheese ek?
Misha: A'aa.(sambil potong cheese)
Aku: Ahhhhh. Aku dah lah tak suka cheese. Patut ahh lain macam.
Misha: Mana aku tau ko tak suka cheese.(sambung potong cheese)

So tu lah citer nyer. Masa tu kita orang buat macam biskut buah-buahan. Aku pon tak tau amende tu. Siap yogurt lagi. Tapi masa tu aku makan je apa yang ada. Dieorang kadang-kadang kalo ada lebihan potong tu, sumbat kat mulut aku. Ehehehhe. Tapi tu ahh kenangan terindah. Sebenarnya aku tak ingat sangat. Jadi cite ni macam ada perbezaan dari real lah. Ehehehe.

Jadi post ini sampai di sini. Nanti kita jumpa lain hari pula.^___^

Tuesday, November 27, 2012

Daisuki...

Hai...
Apa khabar semua??
baik2 x??
ok..mungkin korang x paham tajuk tu...
x pe2..
aku pon x paham kenapa aku tulis tu..
ehehhe..
hari ni aku nak cerita pasal pegi rumah Syahirah...
baru je pegi tadi..
ehehehe...
cite ni panjang sikit..
so..sabar2 lah ye..:D

Hari ni aku bangun lambat. Macam biasalah. Aku pon sebenarnya fikir 4 5 kali nak pergi rumah Syahirah ke tak nak. Rasa malas pulak. Alih-alih mak aku tanya bila nak pergi. Macam nak halau aku je. Ahahah. Aku  tanya ahh mak aku macam ni..

Aku: Mak hantar ke? (dengan nada malas)
Mak: Yela. Pergi siap-siap. Nanti pergi The Store dulu.
Aku: Ha, The Store? Nak buat apa pergi sana?
Mak: Saje. Jalan-jalan. Dah-dah, pergi siap-siap.

Aku pon malas nak tanya dah. Terus blah masuk bilik air. Nak dijadikan cerita, kiteorang (mak aku, aku ngan adik aku) pergi The Store. Mula-mula jalan-jalan. Pastu makan kat KFC. Pastu jalan-jalan lagi. Aku dah bosan jalan-jalan, nampak Pusat Permainan Keluarga, so apa lagi nak buatkan. Serbu ahh. Aku main moto ngan adik aku, best jugak lah.

Kat sana aku sempat beli rantai. Couple punya. Sebenarnya aku bingung nak bagi apa kat budak tu. Alih-alih jumpa rantai ni kan. Terus beli ahh. Rantai ni mahal sikit. 10 ringgit satu. haihh..nasib aku ada duit.

Cuba bayangkan ia digabungkan. Oh, yang ni dengan aku.
Lagi satu tu huruf I.
Z melambangkan Syahirah. I pulak aku.

Sebenarnya aku was-was nak pergi rumah dia. Dah lama tak datang kot. Lepas balik dari The Curve tu, mak aku hantar kat rumah Dania dulu. Dania nak pinjam buku. Korang nak tau? Aku salah pergi rumah. Ahahaha. Aku pernah pergi rumah dia sekali je dulu. Nasib baik yang kedua tu betul.

Dah sampai depan rumah dia. "Ahh, takut lah nak ketuk. Salah rumah kang." bisik hati aku. Tapi aku gagahkan jugak tangan aku suruh ketuk. Aku serah pada takdir je. Ketuk sekali. Takde respon. Ketuk kedua. Aku dah putus harapan. Ketuk kali ketiga. Hairi bukak (aku pon tak tau tu Hairi ke Helmi. Tapi aku agak Hairi lah. Sebab suara dia lain macam je). Ahhh. Nasib baik.

"Akak, Ain datang." jerit Hairi. Syahirah lak dah menjerit (perlahan je). Aku kat luar dah teruja lak. Lama tak jumpa kot. Dia makin tinggi. Dah lebih dari aku dah. Pastu dia dah pandai bahasa jepun. Wooo. Dia banyak cerita pasal sekolah dia. Aku dengar macam best. Tapi macam tak best jugak.

Nak tau. Tudung dia besar. Woo. Sekolah tu dia cerita macam Islamik. Uhh. Baru cadang nak masuk situ. Tak ke sampaian lah jawabnya sebab dia wajib belajar bahasa arab. Aku rasa dia boleh masuk situ sebab PSRA dia. Uhhh. Sorry Syahirah. Kita tak leh belajar sama-sama.

Sebenarnya aku takut nak kasi rantai tu. Manalah tau dia tak suka. Tapi aku tetap bagi dia. Dia nampak macam suka.

Aku: Nah. (bagi rantai tu)
Syahirah: Hmmm. Cantiknya (amik rantai tu)
Aku: Aku pon ada. (tunjuk rantai kat leher)
Syahirah: (sambungkan dia punya dengan aku punya.)
Syahirah: Ehhh, melekatlah. Ingatkan tak melekat.
Aku: Memang ahh. Aku pon baru tau tadi. (sambil tunjuk tempat magnetnya)
Syahirah: IZ??
Aku: (senyum)
Syahirah: Nah. (bagi rantai tu balik)
Aku: Ehh, aku kasi kau lah. Tu hadiah hari jadi kau. (sambil senyum)
Syahirah: Oh, yeke. (terus pakai rantai tu)
Dan aku...hanya tersenyum.^___^

Kiteorang cerita banyak benda sambil makan jambu. Mak dia ada tanya aku macam ni. "Bila Ain nak tidur kat sini pulak." errrr. Aku jawab "Errr, tak pe lah. Eheheheh." aku bukan apa. Takut sikit. Eheheheh. Tapi aku tak pernah pulak terfikir nak tidur rumah dia. Dia ada bagi aku hadiah. Aku bagi dia rantai. Dia bagi aku gambar lukisan dia. Gambar tu comel. Ehehhee. Aku bagi dia buku sketch aku jugak. Biarlah buku tu penuh dengan lukisan dia. Ehehhe..^__^

Comel kan. Aku ada dalam tu.
Terima kasih Syahirah. Aku akan simpan gambar ni baik2.

Pada akhirnya, aku kesuntukan masa. Aku dah kene balik pada pukul 6 petang. Rasa berat pulak nak tinggalkan dia. Masa tu dia tengah tunjukkan aku novel dia. Aku gembira sangat bila dalam novel dia ada aku. Terharu siot. Pukul 6 tepat. Aku pandang dia. Harap dia paham. Ya, dia paham yang aku kene balik. Aku rasa terlalu singkat perjumpaan tu. Huuuu. Macam biasa. Aku akan rasa berat hati bila nak tinggalkan rumah dia. Uhuhuhuhu.

Syahirah: Kenapa aku punya I. Ko punya Z??
Aku: Z melambangkan kau. I pulak aku.
Aku: Sebenarnya kat situ jual huruf Z, I, E ngan T je. So aku amik lah Z ngan I.
Syahirah: Oh. Kalau sambung jadi IZ kan.
Aku: (angguk kepala)

Jadi cerita ini berakhir disini. Aku tulis ni supaya aku tak lupa hari bahagia aku bersama dia. Harap hari ni akan segar di ingatan aku buat selama-lamanya. ^_^ jadi, post ini berakhir di sini. Ja'ne. (Macam singkat pulak post ni)

Monday, November 26, 2012

Fake Smile..

Sketsa pendek...

Di rumah nenek...
Acik Ani terlihat tangan aku yang berbekas..

Acik Ani: Ain, kenapa tangan tu..
sambil menunjuk ke arah tangan aku

Aku: Ni ke??
sambil menunjuk ke arah parut di tangan aku..
Acik Ani hanya mengangguk..
dengan muka yang x de perasaan aku menjawab..

Aku: Oh, hari tu ada vampire gigit.. tu yang ada bekas tu..
sambil tersengih..
Acik Ani terus blah meninggalkan aku..
sebenarnya aku pon x tau kenapa ada parut tu..
sebenarnya luka..
tapi lepas mak aku kasi satu ubat ni..
dalam bape hari je..
dah jadi parut..
mak aku suruh letak lagi sampai jadi kulit balik..
tah betul ke x...

oh kejap2..
semua dalam blog ni dah tukar kan..
ni semua adalah hasih kerja Yasmin Zubir
dia yang buat semua ni..
sebab dia terlampau rajin..
ehehe..apa2 pon thanks yasmin..
penat2 je ko buatkan..:D
ok..
that's all for today..
I'm tired now..:D
See you next time ok..

Friday, November 02, 2012

Hangout Yang Sikit Membosankan..


Hangout..
hangout..
hangout..
aku nak cite aku hangout..
ngan makcik2 aku..
cite nyer gini..
hari sabtu hari tu..
mcm biase lah..
aku duduk depan laptop..
mcm biase lah kan..
then tiba2 keluar lagu..
"boom pam bom bom pam"
tu intro je..
lagu paradise kan..
ok3..
aku pon angkat..acik aku kata nak ajak aku..
so aku pon yekan je lah..
then aku ajak akak aku..
senang cite..
janji kol 1 dah sampai..
tapi kol 3 baru gerak..
ahahha...
aku hangout gi One Utama je..
kiteorang ronda2 satu OU tu..
ahahah..
mula2 pegi ikut makcik2 aku tu shopping..
dieorang masuk kedai2 yang branded kot..
x pernah aku masuk..
hehehhe...
dah habis makcik2 aku tu shopping..


kiteorang gi makan aiskrim kat Candylicious..
lagi aku x pernah masuk..
fuhhh...
gile ahh..
satu cup kecik pon dah 9 hinggit..
nasib baik makcikk aku belanja..
tapi x rugi makan..
sedap gila kot...
aku masih rasa lagi aiskrim tu..
hehhehe...
dah abis makan tu..
cadang nak main boling..
main tau..
acik aku belanja..
yela..
aku masa tu memang x de duit..
dompet pon aku x bawak..
mula2 aku dapat markah tinggi...
lama2 aku yang last..
ahahahha...
mulut acik aku memang masin..
ada ke die suruh masuk longkang..
kan dah masuk sampai akhir..
ahahahah...
ok..lepas aku dah dikalahkan..
kiteorang gi main game kat atas tempat boling tu lak..
akak aku nak sangat aku main menari2 tu..
die pon main sekali..
gila ahh..
penat aku main..
rupa2 nya aku terambik level 7...
wooo...
lepas main tu memang aku x larat dah..
ahahah..
dah habis jalan2 lagi..
gi makan lak..
makan roti banyak2..
ahahah...
acik aku kata bagus bawak aku ni...
sebab semua bende aku telan...
dah aku lapar...
memang aku telan je apa yang ada...
hehheeh..
ok..tu je..
terima kasih kerana membaca..
tu pon kalo korang baca...
ahahhaha..
Ja'ne..

Wednesday, September 26, 2012

Apa ni???


Apakah rasa ini??
Mengapa dada aku sesak??
Mengapa aku rasa tidak tentu arah??
Air liur aku menjadi kelat…
Mengapa??
Rasa ini makin menjadi-jadi..
Ia menyesakkan dada aku…
Mengapa apabila air mataku jatuh..
Baru aku rasa lega??
Apa rasa ini??
Mengapa ia membuat aku menangis tanpa henti??
Sesuatu berlaku ke??
Arghhhhhh…
Aku benci rasa hati ni…
Aku tak mampu buat apa-apa..
Ia datang tanpa diminta..
Dan pergi tanpa disuruh..
Jari jemariku kaku..
Semuanya seakan berlalu..
Rasa ini sakit..
Pedih dan sensara..
Aku tak tahu apa makna rasa ini...
Namun ia begitu menyesakkan hati ini..
Hati ini bagai dipenuhi dengan tangisan...
Yang tidak berbunyi...
Aku bagaikan bunga yang layu..
Bunga yang meminta air dan cahaya matahari...
Layu secara perlahan-lahan...
Dan menunggu hayatnya berakhir...

Monday, June 11, 2012

Yeah...Mari ke sekolah...



ahhaha....
mcm pelik je tajuk...
aku gembira balik ke sekolah...
hahhah...x mungkin...
ini bukan aku kan..
tiba2 suka...
ok..straight to the point..
aku sebenarnyer memang x de cite..
tapi aku nak cite jugak...
cite tak cite sama je kan..
so jom bukak buku kembali...
hehheh...
buku2 sedang menunggu...
kalo cuti semua bende hilang..
beg dah hilang..
pen2 dah habis kene buang kot..
ahahah...
buku2 semua dah entah kemana...
baju sekolah pon dah dibuat kain buruk kot...
ahahah...
tapi betul jugak..
habis semua hilang...
kerje sekolah pon x siap..
terkial2 aku buat pagi tadi..
bangun2 baru ingat ada keje..
huuuu...
ok..stop cite pasal sekolah..
mari cite pasal bende lain..
contohnyer...
ermmm.....ha...
cite pasal conan jom...
:D
ok2...
aku nak letak gambar satu cite ni..
jom tengok..




ok...sampai di sini sahaja..
akhir kata dari aku...
MATA'NE...

Thursday, May 31, 2012

Encik Mimpi kembali!!!

gerenti korang pelik ann...
tadi baru aku post..
pastu sekarang post lagi..
sebenarnya tadi masa aku makan..
aku teringatkan encik mimpi..
ala...penyanyi youtube tu...
dia dah kembali setelah lebih 4 bulan x hantar lagu kat youtube..
sekali dia bagi 3 video da...
hahahha...
ok2...
ni video hari pertama...
tu hari pertama...
jom dengar yang kedua lak..
lagu goglate pulak..
hahhahha...
kalo korang dengar memang terus gelak...
aku dengar pon dah mcm nak pecah perut...
hahhah..
ok2..
sekarang hari ketiga lak...
ni plak lagu baru...
:3
sedap jugak ahh lagu ni...
senang aku nak ingat...
hahhah...:D
ok2..
dah habis cite encik mimpi..
so entry ni pon dah sampai ke hujung nya...
tengok lah kalo esok ke lusa ke bila2 aku free..
aku post lagi...
ok..sampai disini saja...
akhir kata..
Mata'ne..
(Jumpa Lagi)..

Nothing To Post!!!

Actually I don't have any idie..
but someone want to read my post..
so this is it...
hahhaaha....tunggang langgang english...
ni kene sampuk ngan budak yasmin la ni...
nak sangat chat berbahasa english..
so..
hari ni aku nak cite pasal cite One Piece..
and I like the hero in this story...
mesti korang tau sapa dia kan..
dia adalah..
Monkey D Luffy
ni baru satu...
ada lagi satu aku suka...
jeng jeng jeng..
dia adalah..
Roronoa Zoro...
dua2 aku suka..
luffy penuh dengan semangat..
zoro hensem apa..
ahahaha...
ok2..
ada cite lain agi..
pasal buku lak..
ni buku yang dah lame aku beli..
tapi baru nak cite pasal buku ni..:3
sambungan cite McMya Detektif Matematik..
citee ni lebih best dan syok untuk dibaca...
:D
so sampai disini sahaja hayat aku..
ehhh bukan hayat aku..
tapi hayat post kali ni...:D
hahhaha..
ok2..
so korang baca lah post yang akan datang..
mungkin akan datang..:D
so..
Ja'ne..:D

Friday, May 04, 2012

MeMbErOnTaK!!!!


I know I'm just a kid..
that don't know nothing..
that don't have any power..

Aku tau aku seorang budak..
yang tak lari daripada kesedihan...
kemurungan..

Aku tau aku tak cukup besar..
untuk lawan dia...
untuk menentang dia..

Namun apakan daya..
dia memang x nak bagi..
dia nak guna lama2..

Dia ingat dia tu sapa??
aku pon manusia jugak..
sabar aku pon ada had..
aku takut had aku tu terlepas..
sampai aku sanggup gores aku nyer tangan..
depan die..
die ingat aku x berani ke??
dia ingat aku takut..
kalau aku memberontak..
die taknak dengarkan..
apa kata aku guna kekasaran sikit..
agak2 dia bagi tak...hahhahha...

ops...sorry...
kat atas tu luahan hati aku...
yang jahat2 tu pon hati aku jugak..
tapi memang aku rasa nak gores tangan aku depan die..
bagi die tahu sapa aku..
ingat aku tunggul kat sini...
kalau korang x paham x pe..
aku pon mls nak bagitahu korang..
bukan ada faedah pon..
so post hari ni sampai disini sahaja..
S.A.Y.O.N.A.R.A...

Hahahahahahha.....<<<Evil Laugh

Monday, April 30, 2012

I'm So SoRrY!!

bila aku berterus terang...
aku rase sakit sangat...
aku rasa nak nangis...
nangis dan menangis...
hingga air mata tidak bisa keluar lagi..

kadang2 kita x de niat nak menipu..
tapi mereka yang berkata begitu...
sehingga aku diam membisu dan membiarkan semua berlalu..

aku rasa dah tiba masanya..
aku wujudkan kebenaran..
walaupon ia menyiksa jiwa aku..
kerna aku x sanggup..
menyembunyikan kebenaran itu lagi..

mungkin seksa untuk menyatakan kebenaran..
namun aku tetap mencuba..
dan berharap..
agar dapat meluahkannya..
meluahkan segalanya..
dan membuang rasa serba salah itu...
maafkan aku kalo aku silap..
maafkan aku kalo aku lambat bagitahu..
maafkan aku untuk semuanya..
maafkan aku..

Saturday, April 28, 2012

WaTaShInOhAhA wA aIsUrU!!!

Ibu..
tidakkah kau tahu..
bahawa aku sayang gile2 kau...
aku ingin memelukmu selalu..
erat-seeratnya...
aku tidak betah berjauhan darimu..
pabila berenggang..
aku rasa rindu..
rindu yang aku pendam..

Ibu..
masih ingat kah dahulu..
pabila mu ada kerja diluar kota..
adakah ibu tahu..
walaupon hanya 3 hari..
namun aku rasa 3 tahun aku menanti..
apabila ibu tak ada..
aku rasa kehilangan..
aku meluahkan rasa rindu dengan memeluk bajumu..
memeluk bajumu membuat aku
seperti memeluk dirimu..
Ibu..
kau pernah berduka keranaku..
disaat itu kau menangis..
tahukah engkau bahawa..
hati aku bagai diguris ketika aku memohon keampunan...
tahukah engkau aku menangis melihat tangisan mu..
aku tidak berniat berbuat begitu..
maafkan aku..
hanya itu yang aku nyatakan kepadamu..
tapi mulut ini berat untuk berbicara..
maafkan aku..
Watashinohaha no iiwake..

Ibu..
pasti kau binggung..
mengapa watak aku lain daripada yang lain..
selepas peristiwa itu..
aku lebih manja daripada biasa..
aku lebih senang menyatakan..
aku sayangkan kamu..
aku berubah kerana kamu..
aku x mau kejadian itu berlaku lagi..
aku mahu memberi mu semua perasaan sayang ku kepada mu..
perasaan sayang kepada mu..
hanya untuk mu seorang...
:D

Wednesday, April 25, 2012

sEnSaRa!!!

kenapa dengan korang tadi??
kenapa korang x seperti selalu..
kenapa korang diam membisu..
kenapa korang lakukan semua ni kepada aku???
aku terseksa tau x...
aku jatuhkan air mata sebab korang..
sapa korang pada aku??
kenapa aku nangis sebab korang??
kenapa????
korang bukan nya selalu amik berat pasal aku...
korang bukan rapat sangat dengan aku..
tapi..
kenapa aku rasa sedih..
aku bukan suka2 nak buat ceria..
tapi aku cuma nak cipta kenangan bersama korang..
setahun x panjang...
hanya 12 bulan..
pejam celik pejam celik dah habis..
korang memang x tau kan..
aku memang susah nak jadi seorang yang gila2..
hanya waktu tertentu je..
tapi korang istimewa..
sebab aku selalu gila2 masa balik..
tapi x pe lah..
aku bukan sesapa bagi korang..
aku hanya orang yang menderita disebalik senyuman..
senyuman yang paling plastik pernah aku ukirkan..
:D
maafkan aku sebab menangis...
maaf sebab buat mak risau..
mak...ain sayang mak..
selamanya...:D

Tuesday, April 24, 2012

WaTaShI wA tOmOdAcHi, AnAtA o AiShItE...

Apabila bertemu Dia..
Aku rasa sebak..
Rasa nak nangis..
Kenapa hadir perasaan itu??
Aku tak mengerti..
Melihat senyumnya..
Membuat aku kaku..
Dan terus membisu..
Tapi sayang..
Aku lupa akan namanya..
Aku hanya mengingati detik-detik
kami bersama...
Lisa,aku sayang kau..
Walaupon kita tak rapat..
Tapi aku tetap rindu kan kau...
Maaf sebab rindukan kau..
Maaf Lisa...

Sunday, April 22, 2012

T.T...


Aku adalah penari..
Yang menari di atas pentas..
Sendiri..
Aku menari sendiri sambil..
Mengeluarkan air mata..
Aku menari dan terus menari..
Tanpa henti...
Sehingga muzik berhenti..


Tolong..
Tolong kembalikan aku...
Ke alam nyata...
Aku tak nak bersendirian...
Tolong aku..
Tariklah aku..
TOLONG...
DON'T LEAVE ME ALONE!!!

Saturday, April 21, 2012

HaDaPi DeNgAn SeNyUmAn...

Semua yang terjadi..
pasti ada hikmah..
jadi,jangan lah kamu bersedih..
hanya hadapi semuanya dengan senyuman..
:D
dengar kan lagu ini..
daripada encik mimpi..


Promise me you'll always remember
this."You're braver than you believe,and stronger
than you seem,and smarter than you think"
and always BE STRONG.-EM

Lirik: 
Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi.
Biar terjadi.
Hadapi dengan tenang jiwa.
Semua...kan baik-baik saja.

Bila ketetapan Tuhan
Sudah ditetapkan
Tetaplah sudah.
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah

Relakanlah saja ini
Bahwa semua yang terbaik
Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang

(Ulang semua lirik..)
Na na na na na..

Hadapi dengan senyuman..
:D

Sampai disini sahaj post hari ini..
Selamat tinggal...
S.A.Y.O.N.A.R.A...

Monday, April 16, 2012

Hanya Untuk Mu...:D

 wahai teman..
meskipun kita berjauhan...
jangan lah kau bimbang akan diri ku..
meskipun kita berjauhan..
jangan lah kau memikirkan diri ku...
meskipun kita berjauhan..
jangan lah kau melupakan aku..
aku tau aku hanya insan biasa..
yang tiada apa2 keistimewaan..
atau apa2 kebolehan..

namun..
aku punya hati mu..
hati mu yang selalu aku genggam..
carilah teman kau yang baru...
jaga lah dirimu..
jangan lah kau suka bersendiri..
kerna semua nya tiada erti..
biarkan aku bersendiri..
jangan kau memikirkan aku lagi..
kau cari lah kesenangan yang tersendiri..
aku disini gembira dengan kesenangan mu itu..
pergi lah kawanku..
aku senang dengan kebahagiaan mu..

Sunday, April 15, 2012

ThAt'S iS mY pHoNe!!!

that's mine..
not yours ok...
kepada yang x paham cerita apa aku cakap ni...
meh sini aku story..
cite die bermula bila..
akak aku yang mcm harimau tu...
punyer handphone..
memang nak kene lempang ngan aku..
bagus lah aku pakai nokia..
tahan lah lame sikit walaupon sengal2..
huh..
telephone die rosak..
pastu handphone aku lak jadi mangsa...
sebab tu lah kalo die suruh aku amik telephone dia aku..
aku akan cakap "this is my phone.not yours"..
hhahha...bagi peringatan sikit..
aku mintak2 dia dapat gaji cepat2..
aku nak handphone aku balik....
uwaaaa...

ok ahh..tu je nak cite..
nnt kalo aku kesempatan aku post ye..
S.A.Y.O.N.A.R.A..

Saturday, April 14, 2012

Hua.....bosannyer hidup

Hai hoi digedi...
lame x post kan...
korang x rindu aku ke??
:D
so,hari ni aku malas nak cite..
jom kite tengok gambar2 yang aku cilok..
dari pakcik google..:D
 conan kun...



 gambar bawah ni D.N.Angle...



Skip Beat yo..




tengok uniform bawah ni..
cantik jugak...:D


Cupcake...nyam2..
meliur aku tengok gambar bawah ni...ohoohoho..

ok..sampai disini saja..
nnt aku post lagi ye...
S.A.Y.O.N.A.R.A...