Halaman

My Photo


Thursday, November 29, 2012

Saje..^__^

Hai hoi digedii...
Hai anda semua..semua..semua..(dengung)
Jumpa lagi kita ya..
ehehhe..
hari ni nak tulis short story..
story ni short sangat2..
ehehe.
tapi tak tau lah kalo tiba-tiba jadi panjang pulak...

Di sekolah pada tahun 2011
Sekolah aku mengadakan progrem selepas tamat UPSR. Alaa, biasalah. Banyak progrem kan. Progrem tu aku tak ingat namanya. Tapi yang aku ingat kitaorang kene bawak makanan dari rumah dan decoverate kat sekolah. Aku, Syahirah, Yasmin & Misha satu kumpulan (kalo ada yang tertinggal, sorry ye. Dah lupa. eheheh)

Masa tu kitaorang tengah deco makanan tu. Aku tak tau apa nama makanan tu sebab aku pon tak pernah makan. Masa tu first time aku makan. Aku just ikut arahan dieorang je. Masa tu dieorang sibuk potong cheese. Aku pulak...hmmm..entah. Tak ingat lak. Eheheh.



Misha: Nah.(bagi cheese kat aku)
Aku: (tanpa fikir panjang terus bukak mulut tanpa melihat Misha) 
Aku: (telan cheese) Ko bagi aku cheese ek?
Misha: A'aa.(sambil potong cheese)
Aku: Ahhhhh. Aku dah lah tak suka cheese. Patut ahh lain macam.
Misha: Mana aku tau ko tak suka cheese.(sambung potong cheese)

So tu lah citer nyer. Masa tu kita orang buat macam biskut buah-buahan. Aku pon tak tau amende tu. Siap yogurt lagi. Tapi masa tu aku makan je apa yang ada. Dieorang kadang-kadang kalo ada lebihan potong tu, sumbat kat mulut aku. Ehehehhe. Tapi tu ahh kenangan terindah. Sebenarnya aku tak ingat sangat. Jadi cite ni macam ada perbezaan dari real lah. Ehehehe.

Jadi post ini sampai di sini. Nanti kita jumpa lain hari pula.^___^

Tuesday, November 27, 2012

Daisuki...

Hai...
Apa khabar semua??
baik2 x??
ok..mungkin korang x paham tajuk tu...
x pe2..
aku pon x paham kenapa aku tulis tu..
ehehhe..
hari ni aku nak cerita pasal pegi rumah Syahirah...
baru je pegi tadi..
ehehehe...
cite ni panjang sikit..
so..sabar2 lah ye..:D

Hari ni aku bangun lambat. Macam biasalah. Aku pon sebenarnya fikir 4 5 kali nak pergi rumah Syahirah ke tak nak. Rasa malas pulak. Alih-alih mak aku tanya bila nak pergi. Macam nak halau aku je. Ahahah. Aku  tanya ahh mak aku macam ni..

Aku: Mak hantar ke? (dengan nada malas)
Mak: Yela. Pergi siap-siap. Nanti pergi The Store dulu.
Aku: Ha, The Store? Nak buat apa pergi sana?
Mak: Saje. Jalan-jalan. Dah-dah, pergi siap-siap.

Aku pon malas nak tanya dah. Terus blah masuk bilik air. Nak dijadikan cerita, kiteorang (mak aku, aku ngan adik aku) pergi The Store. Mula-mula jalan-jalan. Pastu makan kat KFC. Pastu jalan-jalan lagi. Aku dah bosan jalan-jalan, nampak Pusat Permainan Keluarga, so apa lagi nak buatkan. Serbu ahh. Aku main moto ngan adik aku, best jugak lah.

Kat sana aku sempat beli rantai. Couple punya. Sebenarnya aku bingung nak bagi apa kat budak tu. Alih-alih jumpa rantai ni kan. Terus beli ahh. Rantai ni mahal sikit. 10 ringgit satu. haihh..nasib aku ada duit.

Cuba bayangkan ia digabungkan. Oh, yang ni dengan aku.
Lagi satu tu huruf I.
Z melambangkan Syahirah. I pulak aku.

Sebenarnya aku was-was nak pergi rumah dia. Dah lama tak datang kot. Lepas balik dari The Curve tu, mak aku hantar kat rumah Dania dulu. Dania nak pinjam buku. Korang nak tau? Aku salah pergi rumah. Ahahaha. Aku pernah pergi rumah dia sekali je dulu. Nasib baik yang kedua tu betul.

Dah sampai depan rumah dia. "Ahh, takut lah nak ketuk. Salah rumah kang." bisik hati aku. Tapi aku gagahkan jugak tangan aku suruh ketuk. Aku serah pada takdir je. Ketuk sekali. Takde respon. Ketuk kedua. Aku dah putus harapan. Ketuk kali ketiga. Hairi bukak (aku pon tak tau tu Hairi ke Helmi. Tapi aku agak Hairi lah. Sebab suara dia lain macam je). Ahhh. Nasib baik.

"Akak, Ain datang." jerit Hairi. Syahirah lak dah menjerit (perlahan je). Aku kat luar dah teruja lak. Lama tak jumpa kot. Dia makin tinggi. Dah lebih dari aku dah. Pastu dia dah pandai bahasa jepun. Wooo. Dia banyak cerita pasal sekolah dia. Aku dengar macam best. Tapi macam tak best jugak.

Nak tau. Tudung dia besar. Woo. Sekolah tu dia cerita macam Islamik. Uhh. Baru cadang nak masuk situ. Tak ke sampaian lah jawabnya sebab dia wajib belajar bahasa arab. Aku rasa dia boleh masuk situ sebab PSRA dia. Uhhh. Sorry Syahirah. Kita tak leh belajar sama-sama.

Sebenarnya aku takut nak kasi rantai tu. Manalah tau dia tak suka. Tapi aku tetap bagi dia. Dia nampak macam suka.

Aku: Nah. (bagi rantai tu)
Syahirah: Hmmm. Cantiknya (amik rantai tu)
Aku: Aku pon ada. (tunjuk rantai kat leher)
Syahirah: (sambungkan dia punya dengan aku punya.)
Syahirah: Ehhh, melekatlah. Ingatkan tak melekat.
Aku: Memang ahh. Aku pon baru tau tadi. (sambil tunjuk tempat magnetnya)
Syahirah: IZ??
Aku: (senyum)
Syahirah: Nah. (bagi rantai tu balik)
Aku: Ehh, aku kasi kau lah. Tu hadiah hari jadi kau. (sambil senyum)
Syahirah: Oh, yeke. (terus pakai rantai tu)
Dan aku...hanya tersenyum.^___^

Kiteorang cerita banyak benda sambil makan jambu. Mak dia ada tanya aku macam ni. "Bila Ain nak tidur kat sini pulak." errrr. Aku jawab "Errr, tak pe lah. Eheheheh." aku bukan apa. Takut sikit. Eheheheh. Tapi aku tak pernah pulak terfikir nak tidur rumah dia. Dia ada bagi aku hadiah. Aku bagi dia rantai. Dia bagi aku gambar lukisan dia. Gambar tu comel. Ehehhee. Aku bagi dia buku sketch aku jugak. Biarlah buku tu penuh dengan lukisan dia. Ehehhe..^__^

Comel kan. Aku ada dalam tu.
Terima kasih Syahirah. Aku akan simpan gambar ni baik2.

Pada akhirnya, aku kesuntukan masa. Aku dah kene balik pada pukul 6 petang. Rasa berat pulak nak tinggalkan dia. Masa tu dia tengah tunjukkan aku novel dia. Aku gembira sangat bila dalam novel dia ada aku. Terharu siot. Pukul 6 tepat. Aku pandang dia. Harap dia paham. Ya, dia paham yang aku kene balik. Aku rasa terlalu singkat perjumpaan tu. Huuuu. Macam biasa. Aku akan rasa berat hati bila nak tinggalkan rumah dia. Uhuhuhuhu.

Syahirah: Kenapa aku punya I. Ko punya Z??
Aku: Z melambangkan kau. I pulak aku.
Aku: Sebenarnya kat situ jual huruf Z, I, E ngan T je. So aku amik lah Z ngan I.
Syahirah: Oh. Kalau sambung jadi IZ kan.
Aku: (angguk kepala)

Jadi cerita ini berakhir disini. Aku tulis ni supaya aku tak lupa hari bahagia aku bersama dia. Harap hari ni akan segar di ingatan aku buat selama-lamanya. ^_^ jadi, post ini berakhir di sini. Ja'ne. (Macam singkat pulak post ni)

Monday, November 26, 2012

Fake Smile..

Sketsa pendek...

Di rumah nenek...
Acik Ani terlihat tangan aku yang berbekas..

Acik Ani: Ain, kenapa tangan tu..
sambil menunjuk ke arah tangan aku

Aku: Ni ke??
sambil menunjuk ke arah parut di tangan aku..
Acik Ani hanya mengangguk..
dengan muka yang x de perasaan aku menjawab..

Aku: Oh, hari tu ada vampire gigit.. tu yang ada bekas tu..
sambil tersengih..
Acik Ani terus blah meninggalkan aku..
sebenarnya aku pon x tau kenapa ada parut tu..
sebenarnya luka..
tapi lepas mak aku kasi satu ubat ni..
dalam bape hari je..
dah jadi parut..
mak aku suruh letak lagi sampai jadi kulit balik..
tah betul ke x...

oh kejap2..
semua dalam blog ni dah tukar kan..
ni semua adalah hasih kerja Yasmin Zubir
dia yang buat semua ni..
sebab dia terlampau rajin..
ehehe..apa2 pon thanks yasmin..
penat2 je ko buatkan..:D
ok..
that's all for today..
I'm tired now..:D
See you next time ok..

Friday, November 02, 2012

Hangout Yang Sikit Membosankan..


Hangout..
hangout..
hangout..
aku nak cite aku hangout..
ngan makcik2 aku..
cite nyer gini..
hari sabtu hari tu..
mcm biase lah..
aku duduk depan laptop..
mcm biase lah kan..
then tiba2 keluar lagu..
"boom pam bom bom pam"
tu intro je..
lagu paradise kan..
ok3..
aku pon angkat..acik aku kata nak ajak aku..
so aku pon yekan je lah..
then aku ajak akak aku..
senang cite..
janji kol 1 dah sampai..
tapi kol 3 baru gerak..
ahahha...
aku hangout gi One Utama je..
kiteorang ronda2 satu OU tu..
ahahah..
mula2 pegi ikut makcik2 aku tu shopping..
dieorang masuk kedai2 yang branded kot..
x pernah aku masuk..
hehehhe...
dah habis makcik2 aku tu shopping..


kiteorang gi makan aiskrim kat Candylicious..
lagi aku x pernah masuk..
fuhhh...
gile ahh..
satu cup kecik pon dah 9 hinggit..
nasib baik makcikk aku belanja..
tapi x rugi makan..
sedap gila kot...
aku masih rasa lagi aiskrim tu..
hehhehe...
dah abis makan tu..
cadang nak main boling..
main tau..
acik aku belanja..
yela..
aku masa tu memang x de duit..
dompet pon aku x bawak..
mula2 aku dapat markah tinggi...
lama2 aku yang last..
ahahahha...
mulut acik aku memang masin..
ada ke die suruh masuk longkang..
kan dah masuk sampai akhir..
ahahahah...
ok..lepas aku dah dikalahkan..
kiteorang gi main game kat atas tempat boling tu lak..
akak aku nak sangat aku main menari2 tu..
die pon main sekali..
gila ahh..
penat aku main..
rupa2 nya aku terambik level 7...
wooo...
lepas main tu memang aku x larat dah..
ahahah..
dah habis jalan2 lagi..
gi makan lak..
makan roti banyak2..
ahahah...
acik aku kata bagus bawak aku ni...
sebab semua bende aku telan...
dah aku lapar...
memang aku telan je apa yang ada...
hehheeh..
ok..tu je..
terima kasih kerana membaca..
tu pon kalo korang baca...
ahahhaha..
Ja'ne..