Halaman

My Photo


Tuesday, August 13, 2013

Kucing Aku Pendendam!!


Hallo semua..
Lama dah tak post.
Sebenarnya banyak kali nak post, tapi semuanya tinggal jadi draft. Ehehehe. Pastu bila nak sambung balik pulak tiba2 dah lupa. Ahahaha.
Ok. Kali ni aku nak cerita pasal kucing aku.


Sejarah..
Pernah tak aku bagitahu yang aku ada kucing dulu?
Ada tak ada tak?
Oh, takde ek. Oklah sebenarnya dulu aku ada bela sekor kucing ni.
Takde lah bela sangat tapi bila dia datang rumah, selalunya aku bagi makan.
Nak dijadikan cerita, si kucing ni dinamakan Nyet. 
Si Nyet ni betina dan korang paham2lah mesti dia bunting pastu beranak.
Selalunya kiteorang buang anak2 dia sebab selalu kencing ngan berak merata2 tapi disebabkan sekarang Nyet dah takde, kiteorang terpaksa bela anak2 dia.



Gini cite dia...
Satu hari tu, mak aku nak buang anak2 Nyet tu dekat tempat kerja mak aku.
Pastu tah kenapa Nyet2 masuk dalam plastik tu. (mak aku masukkan dalam plastik)
Nak di jadikan cerita, mak aku ni berat hati nak buang dieorang pastu mak aku nak bawaklah dieorang balik tapi tiba2 masa mak aku nak amik Nyet tu, dia lari. 
Esoknya bila mak aku datang balik kat tempat kerja, Nyet memang dah takde. Kawan sekerja mak aku cakap yang Nyet dah kena makan anjing. 
Tapikan, aku macam tak boleh percaya yang Nyet dah kena makan.
Dan disebab tu lah kiteorang kena jaga anak2 dia.



Tajuk..
Ok, tajuk cerita ni 'Kucing Aku Pendendam' kan.
Jadi ceritanya, anak2 Nyet ni dinamakan Comel dan Comot. (nama paling senang)
Si Comel ni bulu dia lembut dan gebu. Memang jadi faverot akak aku.
Si Comot ni pulak sebaliknya, dia ni agak comotlah sebab dia tak segebu comel.
Nak dijadikan cerita..
Tempat tidur aku memang dekat ruang tamu, pastu Comel ngan Comot ni memang tidur kat mana2 dieorang nak lah.
Tapi yang tak boleh tahan, si Comel ngan si Comot ni suka main lari2 dekat ruang tamu.
Memang sah2 aku jadi carpet dieorang lompat2.
Kadang2 aku tak sedar (tidur mati) tapi kalau aku tak tahan sangat, memang aku letak luarlah dieorang tu.



Itu takpe lagi..
Hari tu, masa puasa hari tu.
Dieorang macam biasalah main lompat2 pastu hari tu aku ni tidur mati.
Nak dijadikan cerita.. mak aku masak sahurlah kan..
Pastu tiba2 aku rasa sakit dekat sebelah kening aku..
Bila aku bangun nak sahur, aku raba2 lah dekat tepi kening aku.
Sah, kena cakar.
Memang lepas aku sahur tu, aku carik si Comel. 
Comel memang berdendamkan dengan aku sebab aku selalu buli dia. Ahahhaaa..
Aku carik dia pastu aku tumbuk2 dia. (alaaa.. tak kuat pun)
Dan sampai sekarang dia dah tak cakar aku.
Tapi main lompat2 tu mak aku kata ada tapi tak pulak aku perasan. Ehehehe.



Penutup..
Oklah sampai sini cerita aku. Lain kali bila2 aku post lagi ok..

Friday, June 14, 2013

I'm Back, minna-san..


Assalamualaikum korang semua..
Lama gila tak post kat sini.
Rindu tak? Rindu tak? Mesti tak kan sebab yang selalu baca blog ni kawan-kawan sekolah je..
Hari-hari jumpa kat sekolah.

Ok, hari ni nak promote blog ni..
Nama blog ni 'Our Stories' dan blog ni diurus oleh Kyo Kitz dan Chisuzu Aiko.
ni link nya >>>>> 'Our Stories'

Kalau korang nak tau, blog ni meng-post video-video cara melukis anime, novel-novel dan cerpen-cerpen.
Novel-novel dan cerpen-cerpen dalam blog ni dibuat oleh Kyo Kitz dan Chisuzu Aiko.
Chisuzu Aiko punya novel bertajuk 'M.I.X'

Sinopsis:-
-Chisuzu Aiko (ノ≧∀≦)ノ 'M.I.X' sinopsis : ' Mulai hari ini kamu berlima akan membuat group band! ' kata pengetua kepada 5 orang pelajar tersebuat ' Kenapa pulak??!! ' salah seorang dari mereka membantah ' Arahan saya muktamad!! Nama band kamu ialah M.I.X. dan satu lagi, awak berdua kene menyamar sebagai lelaki tau. ' kata pengetua itu sambil tersenyum lebar. Pengetua itu kelihatan seperti budak sekolah rendah.. Beberapa minggu sebelum itu, Chisa berjumpa dengan Fairy (pari-pari) bernama Lemon..

Kyo Kitz punya novel pula bertajuk 'Kita Ni Musuh Ke?'


Sinopsis:-
~Kyo Kitz~  'Kita Ni Musuh Ke?' sinopsis : Dania Lyssya, panggilan Dani. Seorang tomboy yang suka merantau, namun dia harus meninggalkan dunia rantauannya dan bersekolah di sekolah Malaysia. Dunianya mula kacau-bilau apabila hadir 'Mamat Bermuka Ganas' di hari pertama persekolahannya. Adakah Dani akan terus bertahan di sekolah barunya? Adakah Dani akan terus berperang dengan 'Mamat Bermuka Ganas' itu? (Cerita ini mengambil tempat di Negara Malaysia)

Oh lupa pulak. Selain novel-novel dan cerpen, dieorang juga ada mengajar bahasa jepun. Walaupun Kyo Kitz tu tak berapa pandai, tapi die tetap ajar. Ehehehehe.
Mari tengok cover-cover cerpen yang telah diterbitkan di situ.

>>>>>>Hanya Untukmu<<<<<<


Oklah. Sampai disini sahaja post kali ni. Harap korang semua terhibur dengan novel-novel dan cerpen yang di'list'kan tadi. Semoga berhibur.
Assalamualaikum.
p/s: Bila-bila nnt aku post pasal benda lain, ok.

Monday, February 18, 2013

Suka-suki..

To My Friend,
I know you will smile when I smile..
But I am not sure if you will cry when I cry..

 hari ni hari pertama sekolah setelah seminggu bercuti... Haihh, rasa malas pula.. Sesapa, tolong gantikan aku?? :D

Friday, February 15, 2013

Kejadian pada cuti Tahun Baru Cina..


Assalamualaikum,
Dah macam nak tulis surat pulak.. hehehe..
Okey, hari ni aku nak tulis pasal cuti tahun baru cina ni setelah sekian lama meninggalkan blog buruk aku ni.. hehehe..

Hari Sabtu...
Sebenarnya hari sabtu tu 'kawan' aku cakap.. "Hari sabtu ni ada taekwondo tau.". Nak dijadikan cerita, hari sabtu tu aku datanglah cepat-cepat sebab aku bangun lambat tadi. Dengan tak bawak handphone.. dengan baju selekeh.. ahahaha.. Then, masa aku datang depan gate. Tup tup. "Wooo, apahal tutup?" so aku buatlah jangkaan bahawa cikgu taekwondo datang lambat.
Jadi, aku tunggulah dalam 30 minit. Dalam masa 30 minit tu, adalah sorang akak taekwondo tu datang. Naik kereta kecik (apatah nama.) warna oren. Dia tanya dekat aku "Hari ni tak ada taekwondo ke?" sebenarnya 'kawan' aku cakap, akak ni yang suruh datang. Tapi kenapa dia tanya aku ada ke tak? (dan kenapa 'kawan' aku tu tak datang?)
"Tengok macam tak ada je. Tak ada lah tu." aku membuat kepastian.Aku sebenarnya malas nak layan akak tu setelah terasa seperti 'tertipu'. Setelah aku cakap macam tu, dia pun terus blah. -_-. Dan tetiba, sedang aku layan diri dekat bus stop depan sekolah tu (main tulis2 dekat cermin bus stop tu dan cakap sorang2.), adalah budak perempuan tingkatan satu datang kat depan aku.
Budak tu: Arrr.. boleh tumpang tanya?
Aku angguk jela.
Budak tu: Saya nak tanya, akak ni form bape?
Aku: Form two.
Budak tu: Akak taekwondo kan?
Aku angguk lagi.
Budak tu: Hari ni tak ada taekwondo ke?
Aku pon jawablah macam yang aku jawab dekat akak tadi.
Budak tu: Hmm, saya sebenarnya nak belajar taekwondo sebab nak pertahanankan diri. Kat kelas saya, budak2 lelaki selalu pukul saya. (tetiba)
Aku: (tercengang) Kenapa diorang nak pukul awak pulak?
Budak tu: Saya tak tau. Akak, akak boleh tolong ajar saya tak?
Aku: Kenapa tak balas balik?
Budak tu: Saya takutlah kak. Saya tak berani. (penakut rupanye budak ni)
Aku: Arrr.. akak baru white belt. Lagipun cikgu tak ajar lagi pasal pertahankan peha.
Budak tu: Ohh, takpe lah kak. Akak, akak kelas 2 apa? (tetiba lagi)
Aku: (tanpa syak wasangka) 2 Bakti.
Budak tu: Ohh, okay. (dan dia pon blah jugak.)
Aku pon sambunglah layan perasaan balik dekat bus stop tu. Dah dekat pukul 9, baru aku balik. Saje. :D

Hari Ahad...
Hari ahad aku dah ada dekat Teluk Batik. Malam sabtu aku dah gerak dari rumah. Bawaklah apa yang patut. Bawak makanan, baju, dan tak lupa juga bantal busuk. Ye, bantal busuk.
Pagi ahad aku bangun awal. Selalunya kat rumah bangun lambat. ehehehe. Aku bosan gila. Dengan tak mandinya, aku terus buat kerja sekolah. (takut tak sempat buat dekat rumah). Dan satu hari ahad tu lah aku tak mandi. ahahha. orang lain seronok mandi laut, aku susah2 buat kerja sekolah. Tapi best jugaklah sebab aku naik bot. Sebenarnya keluarga aku naik bot pisang, so masa tu aku pon nak naik tapi tak nak basah (cerewet) jadi dieorang suruh aku naik bot yang abang bot tu bawak. Aku pon ok je lah. eheeee. Sebenarnya aku nak letak video yang aku rakam... tapi disebabkan video tu lama sangat....ahh sebab tulah..hehe..

Hari Isnin...
Hari isnin aku mandi. Tapi pagi jelah. Tengahari aku dah naik dan salin baju. Lepas salin baju, aku buat keje sekolah balik. Nak ditafsirkan, 90% aku kat sana, aku cuma buat keje sekolah je. eheheh. dan pada hari tu jugaklah aku balik, rasanyelah. hari selasa ngan rabu.. aku tak buat apa2. Just duduk rumah dan mengadap laptop.

Hari Khamis (hari ni),,
Hari ni aku, Yasmin, Farzana, Dania, Nadia, Saidatul dan Asyikin pergi ke sekolah untuk membantu cikgu susun PBS. Pada pukul 10:30 pagi, aku keluar rumah dan menuju ke sekolah. Masa aku jalan tu, tetiba hujan rintik2 turun (macam drama lak). So, aku berhenti dekat bus stop yang bas dieorang akan berhenti nanti. (dieorang naik bas.-_-). Time tunggu dieorang tu, aku bacalah buku. Yang tak boleh blah, masa aku sorang je kat bus stop tu, aku kan bosan (walaupun kat tangan ada buku), aku pegilah main public phone kat situ. Tetiba ada bas tu dia hon aku. terkejut aku. ada ke hon aku yang tengah main phone (-_-). So, aku pun duduk balik dekat kerusi tu dan baca buku balik. Dalam pukul 11:15, Farzana telephone. Dia kata dia ada dekat sekolah dah. so aku pun pegilah sekolah. ahahha.
Masa tunggu yang lain tu, aku cakaplah dekat Farzana "Sebenarnya kan, akak aku cakap, tak boleh pakai seluar jeans dekat sekolah." dan masa tu, kitaorang pakai seluar jeans. Cuak rasa. Dan masa dieorang dah sampai (Dania & Yasmin), kiteorang masuk ahh sekolah. Tetiba ramai pulak budak2 sekolah dekat depan surau. hmmm, masa tu aku fikir. Balik jelah. So kiteorang pon keluar sekolah. Masa tengah nak lari tu (lari dari tolong cikgu), budak kelas apa tah panggil kiteorang "Budak 2B, budak 2B." dan dieorang kata ustazah suruh masuk. hmm, kiteorang buat derk dan jalan terus. Destinasi: Mc' Donald... Alih2 masa nak pegi mc'd, Nadia, Saidatul & Asyikin sampai. Dieorang ajak buat pbs tu. Aku sebenarnya ikut je. So, aku ikutlah dieorang buat pbs. ahhahah.
Masa buat pbs tu, dieorang cakaplah nak gi mc'd pukul 1. Dan tetiba ustazah cakap "Sempat ke? PBS ni kene habiskan dulu." dan aku tengok kertas pbs yang berlambak-lambak tu..


ni baru sikit.. ni bahagian tilawah..berterabur..
yasmin punyer keje ahh ni..

PUKUL 1 NAK SIAP!!!! gila mu. Banyak dohh. Masa dah habis asingkan kertas2 tu mengikut bidang dan tajuk, dan masa itulah cikgu cakap "Dah siap ke? Buatlah sekali jadi satu set pbs." aku dah macam.. waaaaaaaa.. rasa nak nangis. tapi aku buat jugak. Tengah susun2 tu, Yasmin cakap "Lepas habis ni, kita pergi mc'd tau." sememangnya dia hantu mc'd. Tapikan, ustazah macam nak patahkan semangat kitaorang untuk pergi mc'd. ahahahha. Hampir2 patah. ahahhaa.
Kiteorang (aku, Dania, Nadia, Saidatul & Asyikin) susunlah pbs tu sepenuh tenaga. Manakala Yasmin & Farzana main phone.(kalau yasmin baca ni, mesti bahu aku jadi mangsa pukulan dia..percayalah..-_-). Aku suruh buat macam2, tapi dieorang tak nak buat. hmm, alih2 lantak dieoranglah. Padahal Yasmin yang beria-ria nak pergi mc'd..-_- Masa buat pbs tu, ustazah yang sememangnya baik hati membelanja kiteorang air teh o ais, roti jagung, oreo dan ring-ring (ala..makanan yang boleh buat macam cincin tu. apa tah namanye.). Baiknye ustazah.
Setelah menghabiskan kesemua pbs menjadi berpuluh2 set dan kertas pon dah banyak terlebih, kiteorang pon kemas2 nak balik. Masa kemas2 tu, ustazah cakap "Kamu semua nak pergi Seksyen 6 kan? Marilah, ustazah hantarkan." sekali lagi ustazah yang sememangnya baik hati berbuat baik kepada kami. Ustazah, domou arigatou gozaimasu (terima kasih banyak2).
Ustazah hantar kiteorang depan kedai impian setelah bersesak-sesak kiteorang dalam kereta ustazah tu. Dah macam ikan sardin. Yela, kiteorang ada 7 orang manakala tempat duduk ada 5 je. ahahahaa.. korang fikir sendiri ahh macam mana kiteroang duduk ye. Tapi apa2 pon. terima kasih ustazah. dah berapa kali aku cakap terima kasih ni??
Sebelum pergi ke mc'd, kiteorang singgah dekat rumah Nadia. Dania nak amik calender k-pop dia. Saidatul pulak dah balik umah. Masa tunggu Nadia.. kiteorang pergi main dekat palang letak moto tu. aahahaha. takde kerja betul. Jadi, kami pon pergi ke mc'd dan cerita ini pon tamat. yeahh.. dekat sejam jugak lah aku tulis semua ni.. nak masuk video lagi..haihh.. terimalah video2 kiteorang masa kat mc'd.. ahaha.. jurukameranya adalah aku..:D

Ok. Sampai di sini sahaja entry ni.. hmmm.. Aku tak tau lagi bape bulan baru bukak nanti..ahahaa.. Busy sangat.. (alaa..main je banyak) :P Akhir sekali... Assalamualaikumm..

Sunday, January 06, 2013

6/1


6/1..
Hari yang pertama teruk dalam tahun ni...
Klik... *tutup laptop

"It may be difficult but it is possible.
Not because it may be possible but it is difficult.
Do what you can do but try what you can't do too."