Halaman

My Photo


Sunday, February 16, 2014

Fuhhh *hembus habuk [Percutian ke Bukit Tinggi]

Assalamualaikum diari hitamku.
Kesian awak sebab dah berhabuk. 
Takpe2, hari ni saya ada cerita best untuk awak ye.
Saya nak cerita tentang percutian saya.

Bukit Tinggi yo.
Pada cuti Tahun Baru Cina yang lalu, aku sekeluarga merancang pergi ke Bukit Tinggi. (atas permintaan aku) Hari Jumaat itu, (cuti start hari khamis) ibu kesayangan aku pun memasak2 untuk bekalan makanan. Ibu aku memasak bihun goreng, nasi putih (seperiuk), sayur campur (faverote ni), telur dadar dan sardin. Cukuplah untuk santapan sahaja.

Ok, selepas itu, kami pun terus meneruskan perjalanan. Disebabkan aku tak tahu apa2, jadi aku buat bodoh je dalam kereta sehinggalah sampai di persimpangan Kampung Bukit Tinggi. Kepada para visiter yang nak pergi sana, Jangan Masuk Ke Persimpangan Kampung Bukit Tinggi. Ini adalah kerana kami sekelarga telah masuk kesana dan tidak menjumpai Bukit Tinggi itu. Ahahaha. Sesat. Aku mencadangkan korang guna google map kerana ia lebih tepat. (Aku pun guna lepas sesat tu)

Kepada pengetahuan korang, Bukit Tinggi itu mempunya pelbagai pokok dan beserta banggunan yang cantik2. Banggunan2 nya banyak bertemakan ala2 British. Bukan itu sahaja, permandangan disana juga amat menarik.Kat sana, pagi2 memang sejuk sangat. Tak banyak kabus tapi sangat sejuk. Namun jangan risau, apabila tengahari, ia hanya berangin sahaja. (termasuk info cuaca ni). Mari kita tengok gambar2 yang diambil oleh aku.












ok, itu sahaja untuk kali ini. semoga kita berjumpa lagi di post yg akan datang. Assalamualaikum