Saturday, November 14, 2015
LOVE ME
LOVE ME.
Ayat yang aku selalu lukis dan tulis sebagai contengan di mana sahaja. Pada mulanya aku hanya menulis kerana suka-suka tanpa membawa maksud apa-apa.
namun...
Menjelang tahun ini, ayat itu mula membawa pelbagai rasa, perasaan kepada aku. Memberi aku perasaan seperti aku tak pernah disayangi, dicintai, dipeduli. Ayat itu bagai menjadi racun bagi aku dalam diam. Aku yang tanpa agak-agak menerima ayat itu bagai ia menjadi satu kebiasaan bagi diri aku. Dalam menilai ayat tersebut, aku mula kembali ke masa dahulu. Masa-masa kecil aku yang sering aku habiskan bersendirian.
Ye, lama kelamaan aku akui.. aku seperti tidak pernah disayangi, dicintai, dipeduli. Hidup aku sememangnya dari dahulu hanya membawa diriku sendiri. Aku sendiri tahu apabila aku berbuat jahat, pelbagai benda akan berlaku kepada aku. Jadi aku hanya berbuat baik meskipun aku tidak.
Kemurungan yang melanda aku tahun ini sangat dasyat. Ye, aku tak pernah lalui benda sebegini sebelum ini. Bagi aku, benda ini memberi impak besar dalam hidup aku. Memberi pengajaran dalam setiap gerak geri aku.
Kadang-kadang aku rasa, aku yang tahun ini bukan aku yang sebenar. Seperti separuh dari diri aku hilang entah ke mana meninggalkan sebahagian lagi terkontang-kanting. Ye, tiap hari aku bertanya sendiri. KE MANA HILANGNYA DIRI AKU? Ye, tiap hari aku menjerit dalam hati. KEMBALILAH DIRIKU. AKU...HANCUR TANPAMU.
Tidak dinafikan yang aku bagai dikoyak satu persatu oleh diri aku sendiri. Bagai aku yang hilang, sengaja memberi aku yang separuh lagi kekuatan. Jadi apabila diri aku yang separuh itu kembali, aku akan jadi dua kali ganda kuat. Boleh terima ke definisi ini?
Tahun ini belum habis dan aku masih terasa siksa tahun ini. Meskipun aku disiksa perlahan-lahan, namun aku masih merasa kemanisan tahun ini.
Dulu, aku pernah terfikir yang aku ni seperti robot.
Kadang-kadang aku seperti tiada perasaan. Kadang-kadang aku hanya menjalani hidup aku tanpa cobaan. Menjalani hidup tanpa naik turun. Mendatar sahaja.
Namun tahun ini, aku dapat rasa kemanisan dalam keperitan. Hikmah disebalik segala kejadian. Seolah-okah, aku baru belajar menjadi manusia.
Namun, diri aku yang robot ini untuk menjadi manusia bagai suatu benda mustahil.
Aku mula menilai segala aspek manusia. Baik, buruk. Habitat, tabiat.
Dan kini, aku sudah tekad.
KEMBALILAH DIRIKU.
DIRIKU YANG SEAKAN-AKAN ROBOT.
MENJADI MANUSIA AMAT MEMERITKAN.
Tuesday, August 04, 2015
Monday, August 03, 2015
Tahun ni...
Tahun ni tak seteruk yang aku sangka dan tak juga sebaik yang orang lain jangka.
Tahun ni aku dapat ramai kawan baru dan yang paling dekat, Aimie, budak yang duduk sebelah aku.
Tahun ni aku rungsing, sakit kepala fikir pasal dunia, sakit hati dan mengalami lebih banyak tekanan dari dulu. Hmm..mungkin bergerak ke alam yang lain.
Tahun ni juga aku kawan balik dengan kawan dulu, Farah Hanum.
Tahun ni aku tau yang tak kira betapa teruknya aku, masih ada kawan yang nak berkawan dengan aku.
Tahun ni aku dapat eratkan lagi persahabatan dengan Aina and Fatin.
Tahun ni aku dapat main game COC yang aku dah tak main.
Tahun ni aku dapat baca banyak manga.
Tahun ni aku banyak tengok anime.
Tahun ni aku banyak melukis masa exam.
Tahun ni aku banyak tidur dalam kelas.
Tahun ni aku dapat gi The Curve ngan kawan2 pakai baju sekolah. (lol)
Tahun ni aku banyak buat hal dengan guru2 aku.
Tahun ni aku dapat amik lesen motor (sekali lalu)
Tahun ni aku dapat mengerti orang2 luar sana.
Tahun ni aku dapat lambai orang jepun. (Lol)
Tahun ni aku pernah nak hidup dalam mimpi dan tinggalkan realiti.
Tahun ni berat badan aku turun. (Haha)
Tahun ni tinggi aku tak naik satu inci pun. (Sedih T-T)
Tahun ni aku dapat balik berpayung dengan Aimie masa panas terik. (Hahaha) (mcm sweet pun ada)
Tahun ni aku dapat pergi Taman Botani dengan Aimie. (Ingat lawatan rupanya program motivasi -_-)
Tahun ni....
Tahun ni....
Tahun ni aku dapat tahu yang kalau aku fikir je tapi tak buat, lebih baik aku tak payah pikir sebab takde benda jadi pun.
Tahun ni aku dapat tau perasaan marah, gembira, menghargai, dihargai, menyayangi, disayangi, dipergunakan, kecewa, menderita, putus asa, nak bangkit semula.
Ye, banyak aku alami tahun ni.
Benda yang buruk berlaku dekat aku diganti dengan perkara yang buat aku gembira. Sungguh betullah bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Bersedih-sedih dahulu, bergembira-gembira kemudian.
#berkemungkinan entri seterusnya
= pengalaman pergi ke kem luar pertama.
= kisah dulu (cerita aku dan Farah Hanum)
= kisah perkenalan (aku ngan Aimie)
= kisah ambil lesen motor
p.s: sejujurnya tak tahu bila akan tulis.... tapi memang ada cadang nak tulis sekian2 tu. Hoho.
Okeyp selamat bertemu lagi.
Subscribe to:
Comments (Atom)


