Halaman

My Photo


Saturday, November 14, 2015

LOVE ME


LOVE ME.
Ayat yang aku selalu lukis dan tulis sebagai contengan di mana sahaja. Pada mulanya aku hanya menulis kerana suka-suka tanpa membawa maksud apa-apa.

namun...

Menjelang tahun ini, ayat itu mula membawa pelbagai rasa, perasaan kepada aku. Memberi aku perasaan seperti aku tak pernah disayangi, dicintai, dipeduli. Ayat itu bagai menjadi racun bagi aku dalam diam. Aku yang tanpa agak-agak menerima ayat itu bagai ia menjadi satu kebiasaan bagi diri aku. Dalam menilai ayat tersebut, aku mula kembali ke masa dahulu. Masa-masa kecil aku yang sering aku habiskan bersendirian.

Ye, lama kelamaan aku akui.. aku seperti tidak pernah disayangi, dicintai, dipeduli. Hidup aku sememangnya dari dahulu hanya membawa diriku sendiri. Aku sendiri tahu apabila aku berbuat jahat, pelbagai benda akan berlaku kepada aku. Jadi aku hanya berbuat baik meskipun aku tidak.

Kemurungan yang melanda aku tahun ini sangat dasyat. Ye, aku tak pernah lalui benda sebegini sebelum ini. Bagi aku, benda ini memberi impak besar dalam hidup aku. Memberi pengajaran dalam setiap gerak geri aku.

Kadang-kadang aku rasa, aku yang tahun ini bukan aku yang sebenar. Seperti separuh dari diri aku hilang entah ke mana meninggalkan sebahagian lagi terkontang-kanting. Ye, tiap hari aku bertanya sendiri. KE MANA HILANGNYA DIRI AKU? Ye, tiap hari aku menjerit dalam hati. KEMBALILAH DIRIKU. AKU...HANCUR TANPAMU.

Tidak dinafikan yang aku bagai dikoyak satu persatu oleh diri aku sendiri. Bagai aku yang hilang, sengaja memberi aku yang separuh lagi kekuatan. Jadi apabila diri aku yang separuh itu kembali, aku akan jadi dua kali ganda kuat. Boleh terima ke definisi ini?

Tahun ini belum habis dan aku masih terasa siksa tahun ini. Meskipun aku disiksa perlahan-lahan, namun aku masih merasa kemanisan tahun ini.

Dulu, aku pernah terfikir yang aku ni seperti robot.
Kadang-kadang aku seperti tiada perasaan. Kadang-kadang aku hanya menjalani hidup aku tanpa cobaan. Menjalani hidup tanpa naik turun. Mendatar sahaja.
Namun tahun ini, aku dapat rasa kemanisan dalam keperitan. Hikmah disebalik segala kejadian. Seolah-okah, aku baru belajar menjadi manusia.
Namun, diri aku yang robot ini untuk menjadi manusia bagai suatu benda mustahil.
Aku mula menilai segala aspek manusia. Baik, buruk. Habitat, tabiat.

Dan kini, aku sudah tekad.
KEMBALILAH DIRIKU.
DIRIKU YANG SEAKAN-AKAN ROBOT.
MENJADI MANUSIA AMAT MEMERITKAN.