Hari ni nak cerita pasal hobi aku yang suka tambah minat.
Untuk pengetahuan korang, aku memang banyak minat. Contohnya melukis, bahasa jepun, skateboard, basikal, kamera, basketball, baca komik/manga, tengok anime dan tak ketinggalan membuang masa. Tengok, ni belum lagi benda-benda yang aku dah lupa.
Umur: 10 tahun (darjah 4).
Aku ingat lagi masa ni kali pertama aku beli komik atau manga. Tajuk komik tu ialah "Asrama Ros Biru" rasanya. Aku masih simpan komik ni tapi cover dia dah tak cantik sebab dah berkurun aku simpan. Aku rasa semenjak ni aku mula minat dengan komik. Ahaaa. Mula-mula beli aku rasa takut nak tunjuk dekat ayah aku sebab komik kan kadang-kadang ada part-part yang budak-budak tak patut baca. Tapi sekarang, aku siap pamerkan dekat ruang tamu lagi. Ahahaha.
Masa aku darjah 5, aku tak sedar yang aku ni asyik tengok anime Detective Conan dan Cardcaptor Sakura. Aku tak taulah aku memang bodoh sebab tak sedar atau terlalu malas nak sedar. Ahahaha. Boleh dikatakan masa tu aku balik rumah je bukak komputer dan terus pergi youtube. Kadang-kadang aku berjaga sampai pagi lagi-lagi time cuti sekolah. Dan disebabkan ini, tahun hadapannya aku rabun. T_T
Masa ni, aku duduk sebelah Syahirah yang memang pandai lukis anime. Stail dia pulak pakai spek, pengawas sekolah, tudung selapis, ada komik sendiri yang dibuat dalam buku tulis, kalo mintak makanan sikit betul-betul dia bagi sikit, suka lari dekat koridor sekolah, suka pergi perpustakaan masa rehat, pandai, pandai, pandai, selekeh sikit. Eheeeee.
Time ni aku minat dengan Syahirah. Pelik ke? Tak kot sebab Syahirah ni pandai. Aku rasa nak jadi macam dia dan aku tau yang aku tak boleh jadi macam dia. Sekurang-kurangnya bila aku berkenalan dengan dia, banyak perkara menarik yang terjadi. Memang seronok lagi-lagi masa ni tahun UPSR.
Oh. Masa ni juga aku minat bermain gitar. Bukan apa, aku cuma geram tengok ayah aku main gitar. Ahahha.
Tahun ni aku banyak minat. Tak boleh dinafikan lagi-lagi masa ni aku baru masuk sekolah menengah. Time ni aku minat basketball, menulis dan menyambung balik minat-minat yang aku buang. Aku tak ingat pulak minat apa yang aku buang tu. Ahaa.
Minat basketball aku tergantung sebab aku tak tau nak main dengan siapa. Minat menulis pulak aku kembangkan sampai sekarang. Tak lah kembang sangat sebab aku jarang menulis tapi aku masuk pertandingan menulis cerpen tahun tu. Semestinya tak menang tapi dapat sijil. Ahaaaa.
Masa ni aku paling minat belajar bahasa jepun. Sebenarnya dari darjah 6 aku minat tapi tahun ni baru aku bersemangat nak belajar. Sekarang aku taklah pandai berbahasa jepun tapi kalo basic-basic tu aku taulah.
Sekarang aku banyak minat baru. Basketball, kamera, skateboard, melukis dan macam-macam lagi. Masa awal tahun aku lebih kepada skateboard. Entah apa mimpi aku sampai main skateboard. Tapi main sampai tahap boleh jalan je. Tak belajar yang skill-skill.
Sekarang aku lebih kepada basketball ngan melukis. Basketball yang tergantung dulu disambung kerana kawan2 aku baru minat basketball. Pernah jugak aku terfikir kenapa dieorang tak minat basketball dari tingkatan 1? kenapa? kenapa? kenapa? Tak ke membuang masa selama 2 tahun. Uhu. Tapi tak pe lah. Semua tu dah berlalu.
Kadang-kadang aku rasa menyampah dengan diri aku sebab hobi dan minat aku tak tetap. Sedih? Ye, sangat sedih. Aku jelous ngan kawan aku yang hanya ada satu minat dan sangat fasih dengan minat dia tu. Tak ke tu bagus? Hahhhh. Sekarang aku masih dalam minat melukis. Aku harap aku makin pandai melukis dan kalau boleh aku nak jadi mangaka (pelukis komik).
Cita-cita aku pon banyak. Sedih ann. Tapi aku hanya ada satu cita-cita yang tetap iaitu membuka kafe dengan kawan aku. Mungkin aku akan post pasal impian kafe aku. Ehehe.
Gambar tak de kena mengena? Itu sengaja. Ahahha
Oklah. Sampai disini saja.
Assalamualaikum.
6.5.14.


No comments:
Post a Comment