Halaman

My Photo


Sunday, April 27, 2014

Luck.

Assalamualaikum semua.
Hari ni aku nak copy paste cite aku dekat tumblr.
Entah kenapa aku tulis dekat situ.
Isinya agak panjang.
Tapi jangan risau, aku akan buat ia lebih menarik.
Hehehe.
Selamat membaca.





Luck. Aku tak disebesarkan dengan banyak luck. Ye, aku tau. Aku takde luck macam adik aku. Tapi aku bersyukur kerana tanpa luck itu, aku mampu menjadi aku yang kini. Dulu, bila ada pertandingan cabutan bertuah, aku selalu tunggu dan tunggu walaupun aku tau ia sia-sia. 

Kenapa? 

Selama bertahun-tahun aku menanti cabutan itu, aku pasti bukan pemenangnya.




Pernah juga aku mahu berkecimpung dalam sukan, tapi aku yang bodoh telah membocorkan rahsia terbesar aku kepada cikgu. Dua tahun aku cuba memenangi acara tu namun, aku gagal dan tahun ketiga aku berputus asa. Aku jauhkan diri daripada acara tu dan masuk ke acara lain. 

Siapa sangka acara tarik tali perempuan boleh menang tempat pertama oleh rumah sukan aku. Aku pun tak terjangka. Buat pertama kalinya, aku tersenyum melihat pingat aku yang pertama.

Luck. Yap, luck aku lain dari orang lain. Tanpa luck itu, aku mungkin menjadi orang lain dan tak menulis tentang luck aku. Luck aku dalam pelajaran tidaklah sebesar mana dan tidak juga sekecil mana. Aku tau, jika aku berusaha kuat, aku pasti boleh berjaya dengan luck aku tu. Tapi, aku takkan panggil tu luck, tetapi TAKDIR.

Setiap orang mempunyai takdir yang berlainan. Mungkin dulu aku terlalu bendul tentang dunia ini. Namun kerana takdir aku yang rumit itu, aku dapat mengetahui betapa indahnya kehidupan ini. 

Hidup yang ada suka, pahit, sakit mahupun jatuh tersungkur, jika kita redha dengan hidup kita dan cuba yang terbaik. Insyaallah kita akan berjaya kelak. Jangan takut jika tersalah, malah jadikan kesalahan itu satu pembetulan dan jangan mengulanginya lagi.




Oh satu lagi. Bab cinta. Seumur hidup aku, aku tak pernah merasakan cinta kepada seorang lelaki yang bukan keluarga aku. Sekadar suka-suka lepas tu lupa itu, biasa dah. Ahahaa.

 Aku tak suka rapat dengan lelaki. Aku tak minat couple-couple ni. 


Kerana apa? 


Aku cuma nak suami aku nanti orang pertama yang aku cinta. Mungkin terlalu muda aku tulis macam ni. Tapi apa salahnya jika aku mempunyai cita-cita seperti itu kan.


Untung suami aku kerana dia cinta pertama aku. Biarpun aku bukan cinta pertamanya, aku harap aku cinta terakhirnya. Tapi aku harap dia hensemlah. Ahahaha. Nilah akibatnya banyak baca novel dan manga. Merepek je kerja.




Dunia tak kejam, tapi manusia yang membuatkannya kejam. Hidup tak susah, cuma manusia yang menyusahkannya. Hidup kalau ada terlampau banyak luck, kau takkan sedar hidup ni terlampau rumit dilalui. Dan kau takkan cuba memperbaiki diri.

Kenapalah aku tulis panjang-panjang? Sawan agaknya.


Ok. Sampai disini sahaja. :D Assalamualaikum.

x

No comments:

Post a Comment