Hari ni aku ada mood sikit nak tulis.
Ala.. kalau siap. Kalau x, masuk draft pastu tinggal je. Ahhahaha.
Sian lah post ni an.
Oklah. Hari ni nak cite pasal post-post yang childish.
Kisah sebenar.
Aku memang ada tabiat melihat balik apa yang aku post tak kira lah Facebook, Twitter, Instagram mahupun Blog ni. Dan setiap kali aku baca balik post aku tu, aku akan cakap.
Aku: Macam budak-budak je aku ni. Gediknya.
Dan aku mula terfikir. Adakah post ini juga akan mendengar comment itu daripada penulisnya? Adakah dimasa hadapan aku akan mula menyampah dengan diri aku yang sekarang? Adakah aku akan berubah?
Tak. Perubahan berlaku kepada semua orang. Kucing pon boleh berubah, takkan manusia takkan berubah. Ini semua choice kita sendiri. Antara kita sedar atau tak yang kita ni melakukan perkara yang betul atau tak.
Post dulu-dulu aku masa darjah 5 ke 6 tu memang childish habis.
Aku (dulu): Facebook. "Boringnya..." (padahal boring tu pon aku tak tau amende masa tu)
Nampak? Tu nampak sangat aku tak berfikiran matang. Tapi aku bersyukur jugak yang aku tak banyak tulis benda yang sama dekat Facebook dulu. Good Job Old Ain kerana tidak membuat masalah.
Buat masa ni, aku akan fikir masak-masak sebelum post apa-apa. Memang masak sangat sampai bau hangit tau. Tapi aku selalunya post kat Twitter je dan Instagram. Instagram kan hantar gambar, tak payah nak tulis. Senang.
Blog ni pulak. Banyak sangat post-post yang childish. Tapi jangan risau. Aku nak Aku Di Masa Depan baca balik semua ni. Satu diari hitam ni. Supaya Aku Di Masa Depan tidak melupakan aku di masa kini.
Jadi, aku nak cakap sesuatu kepada Aku Di Masa Depan.
Hai Aku Di Masa Depan,
Aku tak nak cakap banyak tapi aku nak bagi peringatan. Jaga diri baik-baik. Kawan dengan orang yang baik-baik. Jangan malas macam aku sekarang. Ingat jasa mak abah. Jangan bongkak. dan jangan post benda yang memalukan ok. Ok tu je.
Sampai disini sahaja. Jika aku masih bernyawa dan membaca benda ini di masa hadapan, ingatlah kenangan aku yang terindah. Kau berjaya atau tak, teruskan usaha kau. Aku tau walaupun kau gagal, kau masih ada semangat untuk berjaya. Dan aku tau kau hanya berangan kan. Aha. Sebenarnya semua kejayaan bermula dari angan-angan. Usaha yang membantu angan-angan menjadi kejayaan. Paham? Aku tau kau paham sebab kau yang tulis benda ni. -_-
Ok. Ni betul2 akhir. Ja'ne.


No comments:
Post a Comment