Bercakap dengan kucing?
Korang pernah bercakap dengan kucing?
Ada pengalaman?
Meh, aku nak cita sikit pasal pengalaman aku bercakap dengan kucing.
Rabu (9/4) [Laporan: tak pergi koko.]
Hari rabu baru-baru ni, selepas sekolah
Kringggggggg!!!!!
Dengan selambat siput sedutnya aku berjalan. (penat) Aku gagahkan juga kaki aku untuk melangkah. Yang pasti dalam hati aku akan berkata:
Hati: Cepat Ain. Sikit lagi. Kau boleh Ain.
Yap. Hati aku memang suka memberi kata-kata semangat apabila balik dari sekolah.
Ok. Straight to the point.
Masa aku jalan tu, sikit lagi nak sampai rumah, aku pon ternampak seekor kucing berwarna oren dan menyerupai kucing kawan aku yang bernama 'Oreo'.
Aku mendekati kucing itu.
Kucing: Miaww. (pandang aku)
Aku: Apa?
Kucing: Miaw miaw miawwww miaw miaw miaw miaw.
Aku: Ha? (Automatik aku terus duduk kat tembok tepi jalan.)
Kucing: Miaww miaw miaw miawwww miaw miaw.
Aku: Oh. Yeke.
Kucing: Miaw miaw miaw miawwww.
Aku: Hmm. Ok.
Kucing: Miawww. (Terus menonong menuju ke block lain.)
Aku: bye.
Mungkin anda tercengang dan terfikir "merepek apa budak ni."
Kan. Kan. Baik mengaku.
Oklah, aku sebenarnya takdelah faham apa yang kucing tu cakap. Aku cuma translate berdasarkan situasi. (aku memang macam ni walaupun dengan kucing sendiri)
Translate..
Kucing: Awakkk. (pandang aku)
Aku: Apa?
Kucing: Awak ni kawan Dania Farahin kan. Hari tu awak ada datang rumah dia.
Aku: Ha?
Kucing: Saya Oreo. Kucing Dania dulu.
Aku: Oh. Yeke.
Kucing: Tolong bagitahu dia yang saya sangat sayang dekat dia. Saya tak salahkan dia sebab buang saya. Saya yang salah sebab kencing atas tilam mak dia. Saya sayang dia sampai bila-bila.
Aku: Hmm. Ok.
Kucing: Oklah, saya nak pergi dah. Jaga 'Comot' baik-baik. Bye.
Aku: Bye.
Macam tak logik kucing cakap awak-saya ann. Pastu siap cakap bye lagi. Ahahaha. Tapi aku rasa memang tu yang dia nak cakap. Sedih je muka dia bila miaw-miaw kat aku.
Hari ni (11/4)..
Hari ni aku baru teringat kejadian aku berjumpa dengan 'Oreo' itu. Maka aku cepat-cepat DM Dania memberitahu tentang perkara ni. (takut lupa)
Aku: Dania. Hari tu ann, aku rasa aku jumpa Oreo lah. Dia cerita panjang lebar dekat aku.
Dania: Mana dia sekarang?
Aku: Entahlah. Lepas dia cerita tu dia terus blah.
Dania: Sedih ahh. Aku rindu dia. Aku rasa hari Rabu hari tu aku ada mimpi Oreo.
Aku: Mimpi apa?
Dania: Mimpi dia ngan mak dia. Seriously aku rindu dia. Rasa nak nangiis je.
Aku: Janganlah nangis. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan.
Dania: Aku rasa dia benci aku lah. Aku ni selalu jahat ngan dia.
Aku: Mana ada kucing yang benci tuan dia. Kalau dia benci kau, mesti dari dulu lagi dia dah lari dari rumah.
Aku: Aku rasa kan...dia cakap.. Tolong bagitahu Dania yang aku sayang dia sangat-sangat dan bukan salah dia aku kena buang. Salah aku sebab kencing atas katil mak dia. Aku sayang dia sangat-sangat.
Dania: Wah, kau ni macam pakar kucing je.
Aku: Firasat je.
Dania: Nanti kalau jumpa 'Oreo', kau tangkap gambar dia tau.
Aku: Tengoklah.
Begitulah ceritanya. Sebenarnya panjang lebar lagi tapi aku amik point-point je. Ehehhe.
Aku pernah terbaca, kadang-kadang kalau tuan haiwan itu sangat menyayangi haiwan itu, haiwan itu mampu merasakan kasih sayang tuannya. Dan setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Semua itu pasti ada hikmahnya.
Berita baru..
Kucing aku (comot) telah mengandung setelah melarikan diri pada beberapa bulan yang lalu. Dan kini, Comot telah melahirkan 3 ekor anak kucing jantan yang berwarna oren. Aku mengesyaki bahawa Oreo yang disahkan berada di sekitar kawasan perumahan aku telah berkawin dengan Comot.
Ada gaya macam pemberita tak? :P perasan.
Ok itu sahaja. Assalamualaikum.




No comments:
Post a Comment